Tuesday, June 24, 2008

Sejarah PDK

Tanggal 15 Oktober 2001, bermulalah satu agenda prihatin untuk golongan kurang upaya (OKU) dengan pembukaan pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
di kawasan Seberang Jaya, Pulau Pinang. PDK Seberang Jaya merupakan pusat yang bernaung di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Bermula hanya dengan 5 orang pelajar dan seorang tenaga
pengajar, pusat ini mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan
penyertaan lebih ramai pelajar dari tahun ke tahun.

Biarpun pusat ini hanya menumpang
di premis Rukun Tetangga Semilang hampir 7 tahun namun kecekalan serta semangat Jawatankuasanya yang tidak pernah luntur untuk mencari alternatif bagi
mengusahakan satu pusat yang lebih SISTEMATIS, PRAKTIKAL dan KONDUSIF bagi tujuan latihan,didikan serta aktiviti
pelajarnya.

Jika dilihat kepada kondusi kelas
pembelajaran kini sudah semakin KRITIKAL dengan jumlah pelajar melebihi 30 orang dan menggunakan bilik yang hanya
berukuran 20X20. Bahkan pusat
‘tumpangan’ ini juga tidak mempunyai
kemudahan-kemudahan seperti yang
digariskan untuk golongan kurang upaya atas kerana tidak mempunyai dana yang cukup untuk membinanya.

Konsep penubuhan PDK adalah menerusi ikhtiar komuniti untuk mengusahakan premis disamping menerima bantuan
daripada JKM.

Justeru sebuah Sekretariat telah dibentuk untuk mendapatkan dana pembangunan yang dianggarkan RM400,000 bagi tujuan pembinaan pusat yang akan
beroperasi sebagai sekolah harian kepada golongan istimewa ini mempelajari
kemahiran tertentu agar mereka berupaya
menyesuaikan diri dengan kekurangan khususnya dan masyarakat amnya.